LOKASI

Lot K-4, Kawasan Perindustrian MARA Bukit Kor, 21600 Marang Terengganu

HUBUNGI

09-6170416

Daripada Kerani Kepada Founder Produk Kesihatan No1

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on google
Google+
Share on email
Email

Daripada Kerani Kepada Founder Produk Kesihatan No1

 

Sekarang Alhamdulillah dapat membantu 30 orang staff termasuk staff sales, staff admin, staff akaun dan juga 500 orang dropship untuk sama-sama berkongsi rezeki menjual produk kesihatan.

 

Mohd Mansur Bin Abdul Rahman bermula dengan cabaran hidup dan mahu mengubah hidup daripada biasa-biasa kepada luar biasa. Jika sebelum ni, setiap hujung bulan, pastinya makanan wajib dicatu dan adakalanya hanya berbekalkan meggi sahaja sebelum gaji masuk ke dalam akaun bank dihujung bulan.

 

Namun tetap bersyukur kerana mempunyai isteri dan anak-anak yang tidak meminta dan sangat memahami keadaaan masa itu. En Mansur mengalir air mata bila mengingatkan perkara tersebut 3 tahun lepas.

 

Detik ini berubah apabila terjumpa iklan daripada sebuah kilang yang menawarkan kepada sesiapa yang ingin menjadi owner produk kesihatan atau dikenali sebagai founder untuk produk kesihatan. Sememangnya disekeliling En Mansur ramai yang menjadi owner produk kesihatan , namun ianya telah ditanam dalam minda bahawa untuk menjadi founder perlu menghabiskan duit yang banyak sehingga menghabiskan duit berpuluh-puluh ribu  hinggakan ratus ribu. Itu tidak lagi termasuk kos pengiklanan dan kos pembelajaran seperti fbads , Instagram, google ads dan pengurusan. Semuanya memerlukan duit yang banyak untuk dikeluarkan.

 

Namun ianya tidak mematahkan semangat En Mansur untuk terus mengorak langkah demi mencapai cita. Tidak dinafikan bahawa, ianya bukan perjalanan yang mudah, banyak pengorbanan masa, tenaga dan tentunya banyak duit dihabiskan sebelum produk kesihatan tersebut dikenali ramai.

 

Ianya juga, bukan hanya sekali buat terus menjadi. Banyak jatuh bangun sebelum jumpa “TUNE” ataupun jumpa jalan kejayaan. Namun dengan sikap tidak mudah mengalah dan tidak mudah putus asa menjadikan KUNCI utama kejayaan En Mansur.

 

Proses Pembangunan Produk

 

En Mansur sangat berhati-hati dalam pemilihan produk kesihatan, kerana bukan semua founder yang mengeluarkan jenama sendiri  Berjaya  jika tidak melakukan persiapan dan strategi yang betul. Ianya memerlukan satu pengorbanan yang cukup padu dalam aktiviti harian untuk memastikan apabila pelancaran produk tersebut ianya sangat-sangat memenuhi kehendak pelanggan.

 

Bermula dengan

  • Proses development produk kesihatan
  • USP iaitu apa keunikan produk kesihatan tersebut
  • Niche apa yang hendak dipilih
  • Customer Avatar macam mane yang hendak dipilih
  • Siapa pesaing

 

Seterusnya setelah produk development selesai, proses menyiapkan script sale dijalankan, macam mane step by step bagaimana jualan terjadi, ia juga terfokus bagaimana jika ada “handling objection” . satu persatu telah disiapkan sehinggalah lengkap “customer jurney “ untuk proses pembelian.

Marketing

 

Dari sudut marketing, En Mansur menggunakan kebanyakkan saluran yang ada untuk memperkembangkan lagi saluran pernigaannya melaui Facebook, IG, E-Comerce iaitu website, Youtube dan sebagainya.

 

En Mansur menggunakan strategi agent dan stokis untuk memastikan produk beliau cepat berkembang, disamping berkongsi rezeki Bersama-sama stokis dan agent dengan menggunakan strategi -strategi yang dirancang secara rapi untuk menembusi market.

 

Niche supliment dan jus kesihatan dipilih oleh En Mansur Alhamdulillah kini menempa nama di semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Tambahan juga ia mendapat tempahan daripada negara jiran Indonesia dan brunei dan singapore

 

Kilang

 

Ianya bermula setelah berjumpa sebuah kilang di Terengganu Adalah Ezzuerich Empire Sdn Bhd . yang ditubuhkan pada Jun 2017. En Mansur banyak mendapat bimbingan secara face to face dari segi pemilihan produk kesihatan,  pembungkusan yang menarik, pemasaran terkini dan formulasi rahsia dan khas untuk setiap founder.

 

Kilang OEM Produk Jenama Sendiri Terengganu

 

Kelebihan kilang ini juga adalah minimum MOQ ditawarkan untuk mereka yang baru bermula, kerana pihak kilang tahu, mungkin sebahagian founder mempunyai had kewangan minimum untuk bermula.

 

Kilang juga membantu En Mansur dalam fasa kedua, iaitu fasa berkembang untuk meluaskan lagi pasaran produk kesihatan. Pihak kilang tiada masalah dengan kapasiti pengeluaran kerana pihak kilang mempunyai mesin yang moden dan terkini yang dapat menampung kehendak pelanggan.

 

Untuk menghubungi kilang tersebut bolehlah menghubunginya ke

 

No Kilang: 09-6170416

Atau lawati hasil kerja kami di www.ezzueriche.com.my

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Perlukan Khidmat Nasihat Daripada Kami?

Isikan maklumat di bawah dan kami akan hubungi anda

× Boleh kami bantu anda?