LOKASI
Lot K-4, Kawasan Perindustrian MARA Bukit Kor, 21600 Marang Terengganu
HUBUNGI
09-6170416
Lot K-4, Kawasan Perindustrian MARA Bukit Kor, 21600 Marang Terengganu
09-6170416
EZZUERICHE EMPIRE SDN BHD
Ezzueriche Empire Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera yang telah ditubuhkan pada November 2016. Beroperasi di premis yang terletak di alamat Lot K-4, Kawasan Industri MARA, Bukit Kor, 21600 Marang, Terengganu, syarikat Ezzueriche Empire Sdn Bhd turut dibimbing oleh pihak MARA.
Syarikat Ezzueriche Empire Sdn Bhd menjalankan perniagaan pengilangan kontrak dalam industri pembuatan produk makanan dan minuman kesihatan yang berasaskan herba dan buah-buahan. Kami juga memberikan khidmat perundingan dan formulasi produk yang ingin dihasilkan kepada pelanggan. Ezzueriche Empire Sdn Bhd dilengkapi mesin-mesin dan peralatan berteknologi moden bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi serta terjamin keselamatannya.
Untuk pengetahuan umum, bidang kesihatan kini merupakan salah satu bidang yang sedang meningkat naik dengan memonopoli pasaran sebagai salah satu industri yang mendatangkan hasil jualan yang tertinggi saban tahun. Dengan adanya sokongan tenaga mahir, pekerja yang komited, kami yakin akan mengeluarkan lebih banyak produk yang berkualiti serta mampu memenuhi setiap pesanan daripada pelanggan. Oleh itu, syarikat Ezzueriche Empire Sdn Bhd ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk berkembang dengan lebih pantas berdasarkan keadaan permintaan yang sangat tinggi daripada pengguna terhadap produk kesihatan.
VISI
MISI
© Ezzueriche Empire 2019 All rights reserved
Designed by Eskay WEB DESIGN Agency
Sila pilih salah seorang staff kami untuk bertanyakan soalan.
Powered by Eskay Web Design Agency