LOKASI

Lot K-4, Kawasan Perindustrian MARA Bukit Kor, 21600 Marang Terengganu

HUBUNGI

09-6170416

Produk Evergreen No1

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on google
Google+
Share on email
Email

Apa maksud produk Evergreen?

 

Maksud produk Evergreen adalah produk yang sentiasa digunakan pakai sepanjang zaman. Bak kata pepatah “tak lapuk di hujan dan tak lekang dipanas”. Ianya sentiasa mendapat permintaan ramai walaupun apa jua keadaan ekonomi.

Produk Evergreen

Macam mane nak tahu produk itu sentiasa mendapat permintaan? Ianya  evergreen untuk kegunaan pengguna sepanjang masa. Kami adalah pihak kilang yang ada data dan sentiasa tahu apa  keperluan para founder dan pelanggan-pelanggan yang sentiasa hangat dalam permintaan untuk membuat produk.

 

Produk OEM tidak lari daripada 2 Niche Utama iaitu

 

Kesihatan

Kesihatan adalah kekayaan sebenar

 

Kecantikan

Kecantikan merupakan mahkota utama bagi wanita

 

Memang sifat manusia  tak lari daripada nak sihat dan nak cantik

 

Orang sakit akan rela berhabis duit dan lakukan apa sahaja ikhtiar untuk mendapatkan kesihatan. Bahkan jika perlu bergolok-bergadai pun meraka sanggup untuk mendapatkan kesihatan. Kekayaan sebenar adalah tubuh badan yang sihat.

 

Tentang kecantikan pula adalah wanita. Bab ni, perempuan memang win, nak cantik, nak dipandang selalu cantik untuk keyakinan diri sendiri. Pelbagai brand yang ada dipasaran, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ada saje brand yang baru setiap hari.

 

Secara umumnya dalam satu kajian mengatakan perempuan tidak setia dengan 1 brand, paling tinggi perempuan membeli dengan satu brand hanya 4 kali paling tinggi. Selepas itu ianya akan tercari-cari prduk baru, terutamanya jika mereka mendengar produk-produk yang berada dipasaran lebih berkesan, lebih diminati ramai, terutama orang yang menjadi idola mereka memakainya.

 

Kilang Yang Membuat Produk Evergreen

 

Disini kami memperkenalkan kilang bumiputra yang mampu untuk menyediakan produk evergreen yang memenuhi kehendak pengguna yang dapat memenuhi kehendak pasaran.

 

Kilang tersebut Adalah Ezzuerich Empire Sdn Bhd . Ianya adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera yang ditubuhkan pada Jun 2017 dengan modal berbayar RM 500,000

 

(Gambar kilang)

produk evergreen

Kilang OEM Terengganu ini terletaknya di premis beralamat LotK-4 , Kawasan Industri MARA , Bukit Kor, 21600 Marang, Terengganu, Syarikat Ezzueriche Empire Snd Bhd turut dibimbing oleh Pihak MARA.

 

Apa yang menariknya kat kilang ni untuk anda?

 

Yang specialnya kat kilang ni anda akan dapat menikmati :-

 

  • harga yang special daripada kami
  • MOQ yang rendah mengikut bajet anda
  • Khidmat nasihat percuma
  • Sample percuma
  • Milik bumiputra melayu sepenuhnya
  • Maklumat produk anda akan dirahsiakan
  • 1produk 1 formula rahsia dan ada perjanjian
  • Produk ada KKM dan ada HALAL
  • Syarikat yang kukuh
  • Ada ahli kimia yang bertauliah
  • Khidmat pembungkusan dengan idea yang menarik(USP)

 

Antar elemen penting dalam sesebuah kilang ialah Misi dan Visi. Dengan Visi dan Misi ini , kilang bergerak dengan penuh innovative dalam menjalankan keperluan dan kehendak pengguna dan keperluan pasaran tempatan dan pasaran luar. Visi dan Misi tersebut adalah:-

 

Visi

 

Untuk menjadi pengilang produk makanan dan minuman kesihatan yang berdaya saing, berkualiti dan halal serta diiktiraf Kenterian Kesihatan Malaysia dan beriltizam untuk menjadi antara pengeluar  dan pemasaran produk makanan yang terjamin halal

 

Misi

 

Menjadi kilang yang cemerlang dan terbesar dalam pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan halal  ke seluruh dunia  disamping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan daya saing di Malaysia

 

Menjadi sebuah pengilang produk yang menjaga mutu dan kualiti dengan lebih baik serta mengeluarkan dan membekal produk makanan halal dan menepati citarasa tempatan dan antarabangsa

 

Menjadi pengilang membuat produk yang menandingi produk dipasaran serta dapat memasarkan produk yang bermutu dan perkhidmatan yang terbaik.

 

Untuk anda yang berada di Terengganu , mahupun di Luar Terengganu, kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke kilang kami untuk berbincang lanjut apa keperluan yang anda mahukan dan apa yang kami boleh penuhi kehendak anda.

 

Sehubungan dengan itu untuk berhubung dengan pihak kami , sila hubungi no dibawah untuk kami guide macam mane untuk menjadi fouder yang Berjaya dimasa hadapan atau ape-ape pertanyaan yang ingin diajukan. Semoga selamat maju jaya dan jumpa dipuncak kejayaan.

 

 

No Kilang: 09-6170416

Atau lawati hasil kerja kami di www.ezzueriche.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Perlukan Khidmat Nasihat Daripada Kami?

Isikan maklumat di bawah dan kami akan hubungi anda

× Boleh kami bantu anda?